Sepetang di Tanjung Balau

Assalamualaikum

2 minggu lepas, kitorg pegi jemputan kawen rumah makcik dilah (adik tokbah) kat Felda Semenchu, Kota Tinggi... yg kawen ni anak makcik dilah yg bongsu.. kira sepupu kitorg la ni.. so family Dilah dari Melaka pun semua datang jugak.. alang2 dah mai datang Johor ni, diorg nak berjalan la sekali...

Lepas majlis dlm kul 4 gitu.. kitorg bergerak ke Tanjung Balau.. mula2 ingat nak ke Desaru.. tp dengarnya ramai org kat sana time cuti2 ni kan, jalan pun jem.. so kitorg tukar plan ke Tanjung Balau pulak.. boleh tahan ramai jugak la tp xdela pack sgt.. pantai tu terbuka dan tak tertumpu satu area jer...



Acah-acah nak wat LOVE with siblings.. huhu.. disebalik mak2 tu ada anak2 kecik tau.. haha..


Kitorg sampai kul 4 lebih.. dalam kul 6.30ptg cam tu gerak balik.. actually, kitorg xdela betul2 plan nak gi pantai ni.. tp disebabkan diorg semua bermalam kat hotel di Kota tinggi, so kitorg pun standby je la bawak baju lebih.. so bila pegi pantai ni cuma budak2 ngan bapak budak jer yg mandi.. mak2 ni semua gigih berbaju kurung ke pantai.. hahaha...

Kat situ ada mcm2 aktiviti yg boleh dibuat.. ada banana boat.. atv pun ada.. ada gak yg ala2 bercamping.. main bola pantai.. tp yg camping tu dan bola tampar pantai tu bawak peralatan sendiri la... 

Sambil2 tu ada jugak org jual aiskrim lalu kat tepi pantai tu.. ada la 2, 3 biji moto lalu.. so along pun tahan la aiskrim.. belanja semuaorg makan aiskrim.. Bila dapat makan aiskrim baru la bebudak ni behave kejap.. bunda suruh duduk beratur semua.. hahaha...





Lepas dah makan aiskrim, main jer la pasir kat tepi pantai ni.. lagi best kan.. hehe..







Okla.. tu jer la cite kami ke Tanjung Balau, Kota Tinggi.. otw balik tu jalan jem giler2.. sabo jer la.. huawaaaa....





SIMILAR POSTS

Alhamdulillah... Hutang PTPTN dah Habis Bayar!!

Assalamualaikum

Alhamdulillah.. dilah dah habis bayar hutang PTPTN bulan lepas.. rasa lega sangat bila dah habis bayar.. rasa macam dah free sangat skrg ni.. hutang kereta pun dah habis hujung tahun lepas.. so skrg ni tinggal hutang rumah jer, sbb loan atas nama dilah tp bayar share2 ngan ayahwan... 

Dilah pinjam 28k dr PTPTN masa amik degree Mechanical Engineering kat UTM. habis belajar 2007 dan start bayar secara konsisten tahun 2008. Tahun 2010 start tukar kepada ujrah yg 1% tu.. skrg tahun 2016 dah habis bayar.. alhamdulillah.. 


Dilah buat full settlement hutang PTPTN ni melalui KWSP.. hujung Julai or awal Ogos aritu start apply. dalam seminggu lebih urusan setel.. KWSP dah transferred ke PTPTN 8 Ogos 2016. lepas dari tu dilah tunggu la penyata dari PTPTN. Kalau tengok baki dalam PTPTN pun sistem, baki tinggal RM0.03. Tapi dilah nak pastikan akaun tu betul2 close baru boleh percaya yg dilah dah tak berhutang dengan PTPTN lagi..


Masalah timbul bila kita dah bayar habis tp ptptn tak automatik update bagitau peminjam yg kita dah habis bayar.. kite perlu call ptptn bagitau kita dah abis byr.. tapiiiii... bila dah call tu bukan diorg boleh close akaun tu at that time.. dia bagi email address pegawai yg uruskan akaun kita tu.. then, kita kena email pegawai tu (pegawai A), bgtau yg kita dah habis bayar.. dilah dah email pegawai tu after seminggu ke 2 minggu.. tp dia tak reply...


Dilah call lagi ptptn.. tanya mcmana.. rasa nak marah dah sbb apa la leceh sgt kan.. apsal tak automatik kan.. time nak duit bukan main lagi.. bukan sistem semua automatik update ke.. at least kita dah call sekali tu update la terus.. siap nak kena transfer ke pegawai2 lain pulak.. leceh betul kannn..


Ok..last dilah call ptptn 6 sept.. pegawai kat customer service tu bagi no telefon pegawai A ni pulak.. then dilah whatsapp pegawai A ni.. hari tu jugak. pegawai A ckp dia akan bagi surat pengesahan tamat hutang dalam masa seminggu tp dilah minta bg cepat sikit, dia janji hari jumaat tu dia bagi.. tp tunggu punya tunggu tak dpt jugak..




Semalam lepas (20 sept 16) dilah whatsapp pegawai A lagi utk tanya surat pengesahan tu. dia ckp dia akan bg sekejap lagi.. tak sampai 5min dilah dapat email dr pegawai A. dia bagi surat pengesahan tu.. akhirnyaaaaa.. dapat jugak surat yg ditunggu2..


Tapi pelik kan... tak sampai 5 min je dia buat surat tu.. tp nape la lambat sgt nak bagi sebelum ni.. hampir 1bln stgh tau.. 8 ogos ~ 20 sept tau.. tu dilah asyik push jer.. dekat 5x call ptptn.. whatsapp dan email lagi... cuba bayangkan kalau peminjam yg dah abis bayar tp tak call ptptn.. tunggu jer surat sampai rumah.. memang sampai ke sudah surat tak dapat2.. nape la pelik sangat procedure dia ni kan... harap sgt dia permudahkan prosedur diorg ni..


Alhamdulillah.. rasa seronok hidup ni bila bebas hutang (kecuali hutang rumah tu).. baru dapat menyimpan lebih sikit.. tp tu la, makin hari pun barang semua makin mahal.. keperluan anak2 pun makin meningkat.. bersyukur sangat bila dah habis byr ptptn ni.. tapiii... kereta pulak mula buat hal skrg ni.. adoiiiii

^__^



SIMILAR POSTS

Cempedak Goreng Sedap

Assalamualaikum

Balik raya haji aritu tokbah bagi buah cempedak.. actually byk lagi hasil bekalan dari kampung.. hihi.. rambutan, cempedak, daging qurban.. ni entry Aidiladha 2016 aritu..



Cempedak paling sedap dimakan bila buat cempedak goreng.. memang heaven sgt la kannn... makan camtu jer pun sedap.. rasa manis2... lagi2 kalau yg jenis oren2 tu, besar2 ulas dia.. memang sedap kan...  tp kalau dapat digoreng lagi la soooodapppp!!! hahaha... 

Kalau beli cempedak goreng kat luar tu org ckp 3 biji RM2.. Betul ke?? mahalnyaaa.. dilah dah lama x beli cempedak goreng.. tp mmg tau la cempedak goreng memang mahal sgt skrg ni.. so dah alang2 ada buah cempedak kat rumah ni.. moh ler kite buat cempedak goreng yg sedap sgt tu.... 



Haritu sabtu aritu jumpa family dilah masa kitorg pegi jemputan rumah makcik dilah kat kota tinggi.. ni adik abah.. time tu abah bwk lagi cempedak.. 2 biji cempedak dia bagi.. sebiji jenis yg oren2 dan besar2 isinya.. sebiji lagi kecik2 jer cempedaknya tp byk.. kaler pun light yellow camtu mcm gambar atas ni.. tp tetap manis dua2 jenis.. tp gambar atas ni buah yg abah bekalkan masa balik raya haji aritu, yg ni size dia besar sikit dan byk isinya.. size ulas2 tu pun besar jugak..




Dilah jarang wat cempedak goreng ni, so nak masak aritu try la google resepi cempedak goreng yg sedap ni.. ala.. nak wat mcm pisang goreng tu pun ok tp ada certain bahan tu yg akan membuatkan aduanan tepung tu lebih sedap kan nnt.. so, meh dilah share resepi cempedak goreng yg sodap ni.. hihi

CEMPEDAK GORENG


Bahan2nya utk bancuhan tepung:
2 senduk tepung beras
1 senduk tepung gandum
1 suu besar tepung jagung
1 biji telur
sedikit serbuk kunyit (bg nampak gold2 sikit)
sedikit garam
air secukupnya

sebiji cempedak
minyak utk menggoreng

Cara penyediaan:
1. Gaulkan semua bahan utk bancuhan tepung tepung di atas sehingga sebati.
2. Panaskan minyak utk menggoreng secukupnya.
3. Celup cempedak dalam bancuhan tepung dan goreng dlm minyak yg panas. 
4. Angkat cempedak bila cempedak keemasan.. siap!

TIPS :
Kalau nak tepung pada cempedak tu tebal, kurangkan air utk bagi bancuhab pekat. kalau nak lebih rangup dan nipis jer, air perlu lebih sikit bagi aduanan cair.

SELAMAT MENCUBA!!




SIMILAR POSTS

Bestnya Dapat Dating Berdua Jer...

Assalamualaikum

Selepas kawen dan ada anak, memang susah nak dapat peluang keluar dating berdua jer dgn ayahwan.. nak pegi mana2 mesti kitorg bawak semua anak2.. xde nak tinggal2 anak.. maklum la, kitorg tinggal jauh dari family.. kalau ikutkan family in law xdela jauh sgt pun.. hahaha.. boleh jer kalau nak tinggalkan anak sekejap.. tp dilah jenis tak sampai hati nak tinggalkan anak kat MIL utk dia tolong jaga sekejap pun.. rasa menyusahkan dia pulak nanti..

Sama jugak dgn babysitter anak2.. dilah ckp hantar pukul 7pg balik pukul 7mlm.. tu masa yg dilah tetapkan.. tp kadang2 hantar lambat sikit dan blk pun lambat sikit.. tu pun x lebih jam 7.30mlm.. kalau hari dilah x keje mmg dilah tak hantar.. kecuali kalau dilah sakit mmg MC.. so memang dilah biarkan anak2 kat rumah babysitter dulu sementara dilah dpt rehat sekejap..

Nak dijadikan cerita, last week ayah wan MC 4 hari sbb cabut gigi.. (minor operation cabut gigi geraham.. dilah pulak dah seminggu asyik rasa nak pitam dan pening kepala jer.. hari khamis lepas mmg dah tak tahan sgt.. terpaksa jugak pegi klinik.. 

Balik klinik terus kitorg gi breakfast..  then balik makan ubat dan nak rest jer.. harapnya dapat la tido sekejap.. sbb doktor ckp salah 1 ubat tu jenis mengantuk.. tp bila dilah makan xde nya dilah tido.. mengantuk memang ada tp xleh tido.. oo.. itu lagi 1 penyakit dilah, jenis yg susah nak tido.. huhu..

Last2 kul 1 lebih ayahwan ajak kuar.. dia nak gi bayar duit kete dan nak uruskan hal lain.. so dia ajak dilah sekali sbb tgk dilah tak leh tido.. okla.. jom la kite kuar.. ala2 gi dating gitu.. haha..

Selesai urusan bayar duit kete, kitorg gi maybank pulak.. tp tak dapat nak settlekan urusan kat maybank sbb staff yg uruskan tu xde.. then, dilah pandang ayahwan, ayahwan pandang dilah.. hahaha.. nak gi mana lepas ni?? punya la pikir nak gi mana ek?? maklum ler, jarang dpt kuar berdua kan.. sampai tak tau nak gi mana.. kalau nak gi tgk movie memang tak sempat la..

Last dilah ckp "mcm nak makan cheese cake pulak rasanya" hahaha... bagi hint ler tu.. haha.. ok, jom kite pegi secret recipe la.. kebetulan area tu mmg ada secret recipe.. so dating la si teruna dan dara ke secret recipe.. hahaha.. 

Jom layan gambar jer la...






Time tu dah pukul 3 lebih.. kitorg order chocolate moist cake ngan cheeze chocolate cake.. sementara tunggu cake sampai, tgk ada tea time special dgn setiap pembelian slice cake masa tea time.. ehh.. memang cantik sangat la.. beli cake dpt free coffee or tea.. kalau nak tukar minuman lain, top up RM2 jer (utk selected item).. so dilah order air iced butterscotch latte & hazellnut latte.. sedappp..



Air yg kitorg order tu harga dia RM10.90 kalau tak silap.. tapi time offer tu boleh beli dgn harga RM2 jer.. hoyehhh.. hahaha.. jimat banyak tu... alhamdulillah.. seronok jugak dapat sekali sekali dating berdua jer kan.. kalau tak mmg tak senang mak nak makan sbb melayan kerenah anak2.. hahaha





Semoga jodoh kali kekal hingga ke Jannah.. aamiin...

SIMILAR POSTS