Saturday, 12 January 2013

Resepi : Tofu jepun masak sos tiram


Hai.. arini aku masak masakan peberet hubby dan kakak diyana.. masakan yg simple jer tofu masak sos tiram.. masak pun cepat2 jer sebab sambil layan si kecik yg x tido time tu..

Jom aku nak share resepi tofu kegemaran family aku..

 Tofu masak sos tiram

Bahan2nya :
3 tiub tofu jepun
3 ulas bawang putih (dihiris atau ditumbuk)
2 sudu sos tiram
1 kiub pati ayam knorr
 1 batang carrot dipotong panjang2
Isi ayam bahagian dada (potong kecik2)
1 biji telur
1 cawan air
1 sudu besar tepung jagung
Minyak untuk menggoreng dan menumis

Cara penyediaan :
1) Potong tofu kepada 8 untuk setiap tiub. nak senang potong dua dulu baru potong 8. 
Taburkan sedikit tepung jagung ke atas tofu yg telah dipotong.
2) Goreng tofu sehingga warna keemasan. Siap goreng angkat dan toskan.
4) Tumiskan bawang putih sehingga naik bau. Then, masukkan ayam dan carrot, goreng sehingga ayam masak.
5) Masukkan sos tiram, kiub pati ayam knorr dan air. 
6) Bila kuah dah mendidih, masukkan tepung jagung yg telah dibancuh dengan sedikit air. Tujuannya adalah untuk memekatkan kuah..
7) Pecahkan telur dalam kuali dan kacau telur dengan segera.
8) Akhir sekali masukkan tofu yg telah digoreng tadi dan taburkan sedikit daun sup..

Siap!! Klau nak letak cili api pun boleh jugak.. Selamat mencuba..

2 comments:

  1. Sedap giler!! Baru lepas masak ni..dah habis..licin lincau..muahahah..terbaik!!

    ReplyDelete
  2. kalau tak pakai kiub pati ayam tu boleh tak???

    ReplyDelete